قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

Rukun Bai'ah: Pertama




“Al-Quran adalah perlembagaan kami dan rasul adalah ikutan kami.”


Begitulah moto atau prinsip yg sering diujarkn olh individu muslim kini. Namun, dlm usaha memahami agama Islam itu sndiri, t'dapat bbrp garis panduan yg p'lu dikuasai dan dihayati bg merealisasikan prinsip yg sering dilaungkn spt di atas. Justeru, penulis ingin kongsikan antara 10 rukun bai'ah yg dipegang olh anggota Ikhwanul Muslimin, insyaAllah.




RUKUN PERTAMA : FAHAM

Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang difahami olh Ikhwanul Muslimin (IM) skop dlm 20 usul t'sebut:


1. Islam adalah:

- 1 bntk sistem yg b'sepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan.

- Negara & tanah air atau kerajaan & rakyat.

- Akhlak & kekuatan atau rahmat & keadilan.

- Pengetahuan & undang2 atau ilmu & kehakiman.

- Benda & harta atau pendapatan & kekayaan.

- Jihad & dakwah atau tentera & gagasan.

- Akidah yg sejahtera & ibadah yg sahih.


2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yg suci:

- Rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam.

- AlQuran p'lu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan.

- Sunnah pula p'lu difahami melalui ahli hadis yg dipercayai.


3. Iman yg benar, ibadat yg sahih & mujahadah mengandungi cahaya & kemanisan yg diberikan Allah ke dlm hati hambaNya yg dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf & mimpi bukanlah dalil hukum syarak & tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum & nas2 agama.


4. Tangkal, jampi, kulit kerang yg dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir & dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yg wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yg ma'thur.


5. Pendapat imam atau wakilnya dlm p'kara yang tiada nas ataupun nas t'sebut mempunyai pelbagai maksud & dlm soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dgn asas syarak.

- Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat.

- Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian ( ta'abbud ) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud.


6. Kata2 manusia boleh diterima & boleh ditolak kecuali kata2 manusia yg maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yg datang daripada generasi silam yg diredai Allah jika b'tepatan dengan kitab & sunnah kita akan terima. Jika tidak kitab Allah & sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun tidak p'lu mengecam atau mengkritik mana-mana individu yg tidak sependapat. Serahkan kepada niat mereka. Mereka telahpun menyampaikan apa yg telah mereka kemukakan..


7. Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu' hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga p'lu menerima segala tunjuk ajar yg disertakan dengan dalil setelah dipastikan orang yg menunjuk ajar itu adalah orang yg b'kebolehan & b'kelayakan. Jika dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yg membolehkan dia mengkaji.


8. P'bezaan pendapat fikah dalam soal yg kecil tidak sepatutnya menjadi sebab utk berpecah.

- Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan p'musuhan & p'sengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya.

- Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-masalah yg dipertikaikan selagi dilakukan dalam suasana penuh kemesraan & saling bekerjasama untuk mencari kebenaran.

- Dengan syarat, tidak menimbulkan perselisihan yg tidak diingini & budaya taksub.


9. Setiap masalah yg tidak membuahkan amalan tidak p'lu dibincangkan secara mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yg dilarang oleh syarak.

- Ini t'masuklah tindakan mencambah hukum-hakam yg masih belum b'laku, mengkaji maksud ayat2 al-Quran yg masih belum dicapai oleh sains, b'bincang mengenai kemuliaan seorang sahabat b'banding sahabat yg lain & p'sengketaan yg b'laku dlm kalangan mereka.

- Setiap sahabat ada kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi & mereka akan mendapat pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang dibenarkan.


10. Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang paling suci.

- Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan apa sahaja yang berkenaan dengannya diyakini sepertimana yang disebutkan itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali.

- Tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama dan sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.


Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. (Aali Imran: 7)


11. Setiap amalan bid‘ah yg dimasukkan ke dalam agama Allah & tidak b'asas (diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat & p'lu diperangi serta dihapuskan dengan cara yg t'baik & tidak membawa kpd keadaan yg lebih buruk.


12. Bid‘ah yg dilakukan dgn cara menambah ataupun meninggalkan atau beriltizam dgan mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah p'bezaan pendapat dari sudut fikah. Masing2 mempunyai pendapat yg t'sendiri. Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan b'pandukan dalil & bukti.


13. Mengasihi, menghormati & memuji orang2 yg soleh krn amalan baik yg mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Apa yg dimaksudkan dgn wali adalah mereka yg disebutkan oleh firman Allah:

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus: 63)


Karamah b'laku pada mereka dgn syarat2 yg ditetapkan oleh syarak. Namun p'lu diyakini mereka yg diredai oleh Allah ini tidak mampu mendatangkan kemudaratan & kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika hayat mereka & juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk melakukannya kpd orang lain.


14. Menziarahi kubur adalah sunnah & disyariatkan dengan cara yg dinyatakan oleh sunnah. Walaupun bagaimanapun adalah dosa besar yang perlu diperangi dan tidak ada tolak ansur dengan semua amalan2 yg brikut:


- meminta bantuan ahli kubur walau siapapun mereka

- atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada mereka dari dekat atau jauh

- atau b'nazar untuk mereka

- atau membuat binaan atas kubur

- atau menyelimutkan kubur

- atau memasang lampu di kubur

- atau menyentuh dan mengucup kubur itu

- atau bersumpah dengan nama yg lain daripada nama Allah

- atau apa sahaja bid‘ah yang berkenaan dengannya


15. Doa yg dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan p'antaraan salah satu makhlukNya adalah perkara yg melibatkan p'selisihan pendapat yg b'sifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah b'doa & bukan masalah akidah.


16. Adat sumbang yg diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz2 syarak. Malah apa yg dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti & dilaksanakan menurut erti istilah t'sebut. Di samping itu budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan agama. P'kara yg diambil kira bukannya nama, sebaliknya apa yg dimaksudkan oleh nama t'sebut.


17. Akidah adalah landasan kepada amalan.

- Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan.

- Melakukan yg t'baik dlm kedua2 amalan ini (hati + anggota )adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.


18. Islam membebaskan akal & menggalakkan manusia memerhati alam semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Selain itu, Islam juga mengalu-alukan segala perkara yg baik & bermanfaat.


“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”


19. Ada pandangan syarak yg tidak b'tepatan dengan pandangan akal namun akal & syarak tidak akan b'tembung dalam soal yg pasti.

- Penemuan sains yg sah tidak akan b'tembung dengan kaedah syarak yg tetap.

- Bagi p'kara yg tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya bertepatan dengan apa yg pasti.

-Bagi perkara yg tidak dapat dipastikan oleh syarak & oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.


20. Kita tidak mengkufurkan seorang muslim yg mengucap dua kalimah syahadah & masih mengamalkan tuntutan dua kalimah syahadah serta menunaikan amalan fardhu -sama ada mengikut suatu pendapat atau kerana melakukan suatu maksiat-kecuali jika dia:

- mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya

- atau menolak sesuatu yg menjadi asas agama

- atau tidak mempercayai kenyataan al-Quran yg jelas

- atau mentafsir al-Quran menurut cara yg tidak b'tepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab

- atau melakukan sesuatu yg tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur


will be continued.., insyaAllah



FN: Ref: Membina Angkatan Mujahid. Said Hawa
Penjelasan Di Sekitar Risalah Talim. Al-Syeikh Abdullah Al-Khatib



0 komen:

Post a Comment