قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

Raudhah Mahabbah 2


SALAM BAROKATILLAH 'ALAIK!!!

Alhamdulillah
, sahabat PEMBINA IPG:KBM telah telah melaksanakan program Raudhah Mahabbah khas buat junior PPISMP ambilan Jun 2011 pagi tadi. Sahabat PEMBINA mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang menjadi tulang belakang dalam meenjayakan program ini. TAHNIAH!Mari kita sama-sama menelusuri perjalanan program ini!^_^


Mathurat menjadi pembuka seri di pagi hari~ agenda diteruskan dengan perjalanan ke Taman Rekreasi Amcorp! Tak sah kiranya permulaan tak diselitkan dengan aktiviti taaruf untuk mengeratkan ukhwah antara kami, yang tidak pernah kenal akan menjadi kenal, malah menjadi rapat bak isi dengan kuku^_^



Pengisian yang diberikan sangat menyentuh hati sehingga mengalirkan air mata. buat adik-adik, setiap hambaNya mampu berubah selagi kita mahu!
"....sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (8:53)



Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang nampak comel dan menarik. almaklumlah ada juga antara kami yang bakal menjadi guru pj yang sentiasa berfikiran kreatif! Game explorace yang dijalankan pula memang sangat mantap. Banyak ibrah yang diperoleh, antaranya peserta dapat mentadabbur alam dengan meneliti surat cinta Allah dengan maksud-maksud ayat yang menusuk kalbu. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk. Rasa ingin menjaga amanah dengan sebaik-baiknya bila mana peserta perlu menjaga anak buah dalam sesi permainan yang dikendalikan oleh fasi semasa explorace! Kebersamaan itu amatlah penting kerana hati-hati yang telah ditautkan oleh Allah ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya:) Inilah peserta yang memeriahkan program kami:)






Barisan fasilitator yang telah menjayakan program Raudhah Mahabbah 2:)... tujuan hanya satu, untuk mengeratkan hubungan antara kami dan adik2, semoga ukhwah kita akan kekal hingga ke syurga! amin....^_^


SAYANG ANTUNNA KERANA ALLAH!

0 komen:

Post a Comment