قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

Taalim BTF "Cikgu Oh CIkgu"

Assalamualaikum ^^ Pengisian ilmu yang diberikan oleh seorang akhowat kita adalah berkenaan dengan profesion keguruan. kenapa ya tajuk pertama kita berkenaan dengan guru? tahun baharu yang juga perlu disematkan azam baharu yang tujuannya untuk memberi kesedaran kepada para bakal guru supaya perbetul niat di dalam hati, 'mengapa aku perlu menjadi seorang guru?' kata-kata semangat yang diberikan membantu kita untuk menjadi lebih yakin dengan profesion yang kita pilih in ^_^

  • Mengikhlaskan diri untuk memilih profesion keguruan
  • Mengetahui tugas guru yang merupakan sunnah yang paling dekat dengan sunnah Rasulullah sebagai murobbi
  • mendalami peribadi Rasululllah sebagai murobbi
  • Mengetahui peranan dan tanggungjawab guru dalam mentarbiyyah generasi kini yang kian mencabar.
Kami disajikan dengan video di mana masyarakat hari ini yang tidak lagi menghormati guru.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

kemudian kami menonton pula video yang meniupkan semangat dalam diri. Video yang sangat menyedarkan kami sebagai seorang guru. bagaimana perlu kita membantu anak bangsa pada masa akan datang. bagaimana untuk memanusiakan manusia!




Seterusnya, video berkenaan dengan Rasulullah:') rindunya Rasulullah!



Sebenarnya, banyak lagi video yang akhowat tu beri, tp cukuplah sekadar di sini, kalau berminat, jemput-jemputlah ke taalim BTF hari selasa minggu hadapan pulak ye! ^^ Semoga Allah merahmati kalian! Wallahualam! ^_^'

0 komen:

Post a Comment