قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

HIMPUNAN SEJUTA UMAT! HADIRKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM

22 Oktober 2011 ini akan berlangsung Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. Himpunan yang cuba untuk mensasarkan lebih 1 juta orang Islam untuk berhimpun ini akan bermula pada jam 2 petang dan dijadualkan tamat pada jam 6 petang. Berikut adalah objektif Himpun Sejuta Umat ini.

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

5. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON PENJELASAN DALAM BENTUK VIDEO

0 komen:

Post a Comment