قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Sekitar : HIMPUN



Himpun Himpun, mari kita himpun! himpunan sejuta umat membawa seribu erti buat umat Islam yang benar2 menyelami apa itu Islam. apabila dilaungkan TAKBIR!, bergema umat islam menjawab ALLAHU AKBAR! hebatnya Umat Islam. rugi siapa yang tidak mengenal apa itu islam! jgn hanya meletakkan Islam sebagai tanda agama di dalam IC semata2. tetapi, selamilah islam itu krn islam itu sesungguh sgt indah!!! itulah agama ALLAH! SUBHANALLAH! antunna yang ana sayangi krn Allah, jgn dilupa agama kita, jgn dilupa akidah kita. jika dilupa, kelak pasti binasa krn kafir laknatullah sentiasa berusaha merosakkan kita walau dgn pelbagai cara.... Himpunan sejuta umat yang diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 mencipta satu sejarah dengan berhimpunnya umat islam, menunjukkan satu kesatuan umat2 manusia hanya krn ISLAM!







Sekitar: KKMM 2011

Konvensyen Keluarga Melayu Muslim

Keluarga merupakan unit asas yang membentuk masyarakat dalam sesebuah negara. Seandainya keluarga itu pincang, masyarakat terbentuk juga akan terkena badai kepincangan tersebut. Sebaliknya jika sesebuah keluarga itu sempurna, binaan masyarakat yang akan lahir juga akan lebih teguh seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera. Masalah keruntuhan moral dan gejala sosial seperti mat rempit, pembuangan bayi, penagihan dadah dan lain-lain terutamanya dikalangan Melayu Muslim begitu ketara sejak kebelakangan ini. teringat ana ketika menjadi salah seorang ahli dalam dewan besar di Putrajaya. berkumpulnya umat manusia untuk berbincang bagaimana untuk membina sebuah generasi manusia yang berilmu dengan ilmu-ilmu Allah, beriman dan beramal dengan sunnatullah. semoga dengan ilmu yang telah diperoleh di Konvensyen Keluarga Melayu Muslim sedikit sebanyak dapat membantu kita sebagai makhluk Allah yang kerdil ini untuk memimpin sebuah keluarga yang sakinah suatu hari nanti, insyaAllah:)