قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَن مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah, 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas ilmu (hujjah yang nyata). Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'." [Yusuf:108]

MEGA: Simposium Mendepani Agenda Asing


 Salam 'alaik.

Jemputan khas buat warga IPG:Kampus Bahasa Melayu








Program : Zero To Hero

Salam 'alaik,
Bismillahirrahmanirrahim.

{Tawaran menarik buat belia di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yg berdekatan!}

~ Mencari identiti dan titik kehebatan dalam diri?
~Ingin memecahkan kepompong yang menghalang anda untuk melangkah secara infiniti?
~Menjadi orang kepercayaan dalam kalangan masyarakat?
~Memadam istilah-istilah negatif dalam kamus hidup malah melonjakkan potensi diri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT?
~Berdiri di tengah-tengah masyarakat dengan aura dan fenomena yang tersendiri..?
Ayuh, kuasai semua cahaya di hadapan cita-cita anda!
Sertai kami (PEMBINA Kuala Lumpur dengan kerjsama AKIUM) dan kita kongsi rahsia menjadi individu superb! ^_^

insyaAllah

Butir-butir program adalah seperti yang berikut:
Tarikh : 1o Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, KL *tertakluk pada pindaan
Yuran : RM5 sahaja!!

Tentatif Program:
07.00- 0730 : Pendaftaran peserta
0800 : Majlis bermula
0830 : Slot 1 - Start from Zero, Who am I?
1000 : Tea Break
1030 : Slot 2 - Heroes mission
1200 : Majlis perasmian dan penutup
1230 : Solat zohor & Lunch
0200 : Bersurai

Untuk mendaftar, bolehlah menghubungi individu yang berikut:
Ghazali Yaid :013-3324235
Anis :013-2007829

Jumpa di sana insyaAllah. Jom, buka lembaran baharu untuk hidup yang lebih fantastik!
*Let's join this event : Zero To Hero


Taalim BTF "Cikgu Oh CIkgu"

Assalamualaikum ^^ Pengisian ilmu yang diberikan oleh seorang akhowat kita adalah berkenaan dengan profesion keguruan. kenapa ya tajuk pertama kita berkenaan dengan guru? tahun baharu yang juga perlu disematkan azam baharu yang tujuannya untuk memberi kesedaran kepada para bakal guru supaya perbetul niat di dalam hati, 'mengapa aku perlu menjadi seorang guru?' kata-kata semangat yang diberikan membantu kita untuk menjadi lebih yakin dengan profesion yang kita pilih in ^_^

  • Mengikhlaskan diri untuk memilih profesion keguruan
  • Mengetahui tugas guru yang merupakan sunnah yang paling dekat dengan sunnah Rasulullah sebagai murobbi
  • mendalami peribadi Rasululllah sebagai murobbi
  • Mengetahui peranan dan tanggungjawab guru dalam mentarbiyyah generasi kini yang kian mencabar.
Kami disajikan dengan video di mana masyarakat hari ini yang tidak lagi menghormati guru.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

kemudian kami menonton pula video yang meniupkan semangat dalam diri. Video yang sangat menyedarkan kami sebagai seorang guru. bagaimana perlu kita membantu anak bangsa pada masa akan datang. bagaimana untuk memanusiakan manusia!




Seterusnya, video berkenaan dengan Rasulullah:') rindunya Rasulullah!



Sebenarnya, banyak lagi video yang akhowat tu beri, tp cukuplah sekadar di sini, kalau berminat, jemput-jemputlah ke taalim BTF hari selasa minggu hadapan pulak ye! ^^ Semoga Allah merahmati kalian! Wallahualam! ^_^'

Untukmu Saudariku Sayang

Aurat dari segi bahasa bermaksud keaiban. Dari segi istilah pula,aurat didefinisikan bahagian anggota badan,sama ada lelaki ataupun perempuan,yang haram dibuka atau dipamerkan kpd khalayak.
Anjuran menutup aurat jelas difahami drpd maksud ayat Allah :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,……” (Surah Al-Nur : 31)


Ramai wanita yang ambil ringan soal aurat. Malah ada beberapa kesilapan dari segi pemahaman dan amalan yang wujud dalam kalangan wanita muslimah. Ramai wanita yang menganggap bahawa menutup aurat itu sekadar memakai tudung. Hakikatnya, yang lebih penting adalah menutup bentuk tubuh badan, iaitu tidak memakai pakaian yang sempit atau ketat. Menutup aurat, bukan membalut aurat.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua golongan penduduk Neraka yang kedua-duanya belum pernah aku lihat ; (iaitu) kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan (kedua) wanita-wanita yang berpakaian tetapi tidak sama seperti bertelanjang (kerana pakaian ketat,nipis dan sebahagian aurat terbuka yang dapat dilihat bentuk tubuh) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk Syurga bahkan tidak dapat mencium bau Syurga. Padahal bau Syurga boleh tercium baunya dari jarak yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim)


Ingatlah bahawa wanita yang masih memberi alasan – janganlah gadaikan kebahagiaan akhirat dengan rimas atau tidak selesa berpenampilan Mukminah. Moga Allah Bantu kita menjadi sebaik-baik perhiasan dunia,bukan sebagai senjata syaitan yang menyesatkan lagi anak Adam. Allahumma amin..

Said Ibn al-Musayyab berkata : “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”

PENTIGNYA ILMU

Ingatlah,dunia ini hanya sementara. Kehidupan dunia semakin hari semakin banyak penipuan dan fitnah cinta duniawi. Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan-angan kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. Andai tidak menyiapkan diri untuk melangkah dengan penuh waspada, duri-duri itu akan menembusi langkah kita. Bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya takwa.

“…sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah adalah dalam kalangan hamba-Nya yang berilmu.” (Surah Fatir : 28)


Sebab itulah pentingnya ilmu di dada. Ilmu bukan setakat untuk dunia tapi untuk akhirat juga. Ilmu bukan setakat belajar akademik tapi ilmu agama juga amat diperlukan. Ilmu bukan sekadar di atas kertas, tapi untuk dipraktik dan diamalkan kebaikannya dalam kehidupan kita.

“Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku.” (Imam Syafie)


Pernah seorang ustazah saya menasihati agar kita mesti ada pendirian yang tetap dalam diri. Bila sudah ada pendirian yang tidak bertentangan dengan syariat Allah, campak di mana pun, kita selamat boleh bawa diri tanpa terpengaruh dengan gejala negatif. Bila kita jaga keperibadian, orang sekeliling akan berasa segan untuk ajak kita buat sesuatu yang tak elok.
Tanpa ilmu agama yang mantap dalam diri, amat mudah untuk kita terpengaruh dengan perubahan zaman. Fesyen tudung, baju, dan lain-lain lagi. Segalanya sudah menuju ke arah kebaratan.
Zina itu ada bahagian-bahagiannya. Zina bukan bereti berzina yang seperti kita tahu saja. Tetapi, mata juga boleh berzina dengan memandang perkara maksiat. Telinga berzina dengan mendengar umpatan dan keaiban. Lidah zinanya ialah berkata perkataan kotor dan maksiat. Mulut zinanya mencium yang haram. Tangan juga berzina dengan menyentuh yang haram. Kaki pula berzina dengan melangkah ke tempat maksiat. Dan hati, berangan-angan dan mengingini sesuatu yang haram.

Setiap yang kita lakukan, setiap yang kita buat, takkan terlepas dari pemerhatian Allah sebab Dia Maha Mengetahui. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang kita lakukan di dunia ini.

“pada hari (ketika Kiamat), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (di dunia dahulu).” (Surah Al-Nur : 24)


“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu (di dunia) mereka usahakan.” (Surah Yassin : 65)


Ustazah saya juga pernah berpesan, kalau kita mengaku kita ni baik, pertamanya kena taat pada perintah Allah dan tidak melakukan larangan-Nya.


Jadi, bagaimana mungkin orang yang tidak menutup aurat, bebas dalam pergaulan boleh berkata bahawa mereka itu baik? Ya, mereka baik. Baik yang mereka maksudkan adalah tidak mencuri, tidak mengumpat dan tidak melawan kata orang tua. Itu baik bagi perspektif sesetengah orang seperti mereka. Itu adalah kebaikan. Pernahkah kita terfikir, bila kita melangkah keluar rumah, adakah dalam keadaan reda Allah atau sebaliknya??

Ya. Memang selalu dengar orang kata, “pakai tudung pun tapi perangai sama je macam orang tak pakai tudung, apa guna. Orang pakai tudung pun mengumpat , berdating juga.” Itu soal akhlak.Adagunanya. Sekurang-kurangnya, orang yang bertudung itu terselamat daripada dosa mendedahkan aurat. Cuma, akhlaknya saja. Andai diperbaiki, segalanya cukup sempurna. Berdoalah kerana hidayah itu milik Allah. Akhlak Islam adalah akhlak yang indah, suci dan baik. Sebab tu kita kena habis belajar agama supaya kita memahami keseluruhannya. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita kena belajar dan terus belajar.
Ustaz saya pernah pesan, Islam datang bukan menghapuskan tapi memurnikan. Ustaz saya selalu tekankan wanita. Jaga pakaian dan kekalkan perwatakan muslimah. Dan, sumber utama fitnah adalah perempuan. Sebab itulah kita kena jaga dan pelihara diri kita sebaiknya. Momentum iman kena sentiasa jaga dan selalu ukur tahap ibadah kita.
Itulah pesanannya yang selalu buat saya muhasabah dan rasa diri ni banyak dosa. Masih jahil akan ilmu agama.

Ustaz saya yang lain juga pernah berpesan, jaga akhlak dan istiqamah dalam kebaikan. Persekitaran banyak mempengaruhi kita. Dunia akhir zaman ni, bila kita nak tegur orang, nak tegakkan Islam, bagai menggenggam bara api. Ustaz saya selalu tegur, perempuan paling susah nak jaga ialah stoking. Ustaz selalu pesan, stoking jangan lupa, tudung kena jaga. Benda-benda yang tak elok selalunya seronok. Contoh, mesej pakwe sampai tengah malam, dedahkan aurat dan lain-lain lagi. Dan akhir sekali, kena kuat iman supaya tak buat dosa dan maksiat.


Saya memang selalu ingat dan refresh segala pesan dan tazkirah guru-guru saya. Setiap butir bermakna daripada mulut mereka, saya salin dalam satu buku khas yang dinamakan ‘Celoteh Pembakar Semangat’. Buku tu saya memang sayang sebab ianya akan mengubat kerinduan bila sudah tinggalkan sekolah tak lama lagi.
ISLAM SEBENAR

Bila kita mengaku kita ni Islam, mukmin dan mukminah, kita mesti merujuk segala perkara berdasarkan dua asas rujukan utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kita mesti akur dengan kehendak Allah s.w.t. Tidak boleh ambil separuh-separuh hukum-hakam yang telah ditetapkan-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Baqarah : 208-209)


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahzab : 36)


Berhati-hatilah kerana syaitan akan sentiasa dan sentiasa menyesatkan manusia. Syaitan sentiasa membisikkan nafsu dan kejahatan serta maksiat dalam diri kita. Syaitan sentiasa mengajak kita untuk berseronok dan berhibur hingga melanggar perintah-Nya. Syaitan adalah musuh utama yang tersembunyi dalam diri kita.

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf :27)
PELIHARA IMAN SEBAIKNYA
Bila kita sudah mengetahui sesuatu perkara itu tidak bermanfaat dan hanya akan menambahkan dosa, tetapi adakalanya kita buat juga. Kenapa?? Kerana iman itu bertambah dan berkurang..

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Fath : 4)


Bila iman kita berkurang, nafsu dan syaitan akan bergabung tenaga untuk mempengaruhi kita dengan sesuatu yang sia-sia dan berdosa. Kita perlu risau andai iman kita berkurang. Banyak contoh untuk remaja khusunya. Couple sana sini, mesej dan berborak dengan yang bukan mahram hingga lewat malam tanpa ada perkara penting, berdating tiap hari, berseronok hingga lupa solat dan lain-lain lagi.

“….karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf : 53)


Dan, bila kita tidak memahami sesuatu hal atau perkara, jangan sesekali malu untuk bertanya. Tetapi, bertanyalah pada ahlinya iaitu yang berilmu pengetahuan. Bukan pada yang jahil akan ilmu itu. Seperti Science, kalau kita tak tahu, takkan nak tanya cikgu Kemahiran Hidup. Itu bukan ahlinya. Begitu juga dengan soal agama. Takkan nak tanya dekat ahli atau golongan yang sering buat maksiat? Mungkin mereka memang ada jawapan,tapi, adakah jawapan itu seiring dengan Al-Quran dan Sunnah?

“……..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” (Surah Al-Nahl : 43)


KAWAN DALAM KEHIDUPAN


Kawan memainkan peranan penting dalam hidup kita kerana kawan adalah orang kedua rapat dengan kita selepas ahli keluarga. Kawan yang baik ialah kawan yang mengajak kita ke arah kebaikan dan sentiasa menegur salah dan silap kita. Kawan yang jahat pula selalu mengajak kepada kemungkaran.

Bergaul dan bersahabatlah dengan kawan yang baik. Kerana kawan yang baik sentiasa ingin menapak ke Syurga bersama kawan-kawannya yang lain.

Bukanlah bermaksud kita harus meminggirkan kawan-kawan yang sosial. Kita boleh dekati mereka dengan pelbagai cara. Namun, andai kawan kita sudah jauh hanyut dan tidak mempedulikan lagi nasihat kita, kita hanya mampu berdoa. Jangan sampai kita juga berubah dan hanyut bersama mereka.

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)


Kawan mampu mempengaruhi kita. Kawan yang baik akan mempengaruhi perkara positif dan baik. Itu sangat dialu-alukan tetapi kawan yang sebaliknya akan mempengaruhi kita dengan sesuatu yang negatif dan tidak elok.

Aurat dari perspektif FIZIK..






Kajian Kes


Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam.

Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah.Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan.

Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.


Penyelesaian Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk.

Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam.

Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian.

~sokongan dan dorongan dari teman yg soleh/solehah
penting dalam proses hijrah~


Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.


Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan.

Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.


*********************************



~ok, dah ready untuk masuk lab??~


Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m
ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.


c
ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.


tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)


Abstrak/Pengenalan


Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah,

wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan
wanita
C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.


Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?


Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah


1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.


2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.


3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.


4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.



Pemerhatian


1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.


2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika.

Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.



3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.


4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.



Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat.

Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.



*********************************


Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam


Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid.

Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...



**kredit kepada
www.iluvislam.com

Sekitar : HIMPUN



Himpun Himpun, mari kita himpun! himpunan sejuta umat membawa seribu erti buat umat Islam yang benar2 menyelami apa itu Islam. apabila dilaungkan TAKBIR!, bergema umat islam menjawab ALLAHU AKBAR! hebatnya Umat Islam. rugi siapa yang tidak mengenal apa itu islam! jgn hanya meletakkan Islam sebagai tanda agama di dalam IC semata2. tetapi, selamilah islam itu krn islam itu sesungguh sgt indah!!! itulah agama ALLAH! SUBHANALLAH! antunna yang ana sayangi krn Allah, jgn dilupa agama kita, jgn dilupa akidah kita. jika dilupa, kelak pasti binasa krn kafir laknatullah sentiasa berusaha merosakkan kita walau dgn pelbagai cara.... Himpunan sejuta umat yang diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 mencipta satu sejarah dengan berhimpunnya umat islam, menunjukkan satu kesatuan umat2 manusia hanya krn ISLAM!







Sekitar: KKMM 2011

Konvensyen Keluarga Melayu Muslim

Keluarga merupakan unit asas yang membentuk masyarakat dalam sesebuah negara. Seandainya keluarga itu pincang, masyarakat terbentuk juga akan terkena badai kepincangan tersebut. Sebaliknya jika sesebuah keluarga itu sempurna, binaan masyarakat yang akan lahir juga akan lebih teguh seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera. Masalah keruntuhan moral dan gejala sosial seperti mat rempit, pembuangan bayi, penagihan dadah dan lain-lain terutamanya dikalangan Melayu Muslim begitu ketara sejak kebelakangan ini. teringat ana ketika menjadi salah seorang ahli dalam dewan besar di Putrajaya. berkumpulnya umat manusia untuk berbincang bagaimana untuk membina sebuah generasi manusia yang berilmu dengan ilmu-ilmu Allah, beriman dan beramal dengan sunnatullah. semoga dengan ilmu yang telah diperoleh di Konvensyen Keluarga Melayu Muslim sedikit sebanyak dapat membantu kita sebagai makhluk Allah yang kerdil ini untuk memimpin sebuah keluarga yang sakinah suatu hari nanti, insyaAllah:)




HIMPUNAN SEJUTA UMAT! HADIRKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM

22 Oktober 2011 ini akan berlangsung Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. Himpunan yang cuba untuk mensasarkan lebih 1 juta orang Islam untuk berhimpun ini akan bermula pada jam 2 petang dan dijadualkan tamat pada jam 6 petang. Berikut adalah objektif Himpun Sejuta Umat ini.

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

5. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON PENJELASAN DALAM BENTUK VIDEO

Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011



Membina keluarga yang beragenda, membentuk keperibadian generasi Al-Quran, ayuh, bina syurga rumah tangga yang diidamkan..!!!


Jom sama-sama hadir ke konvensyen ini^_^
bayaran hanya RM10 sahaja.
untuk pelajar PGKBM insyaAllah bas disediakan^^
jom jom jom!
sila layari
http://konvensyenkeluarga.net/